HUKUM ROKOK
Rokok terbukti mengandung berbagai-bagai
jenis bahan kimia berbahaya, diantaranya ialah nikotin. Menurut pakar atau ahli
kimia, telah jelas dibuktikan bahwa nikotin yang terdapat dalam setiap batang
rokok atau pada daun tembakau adalah ternyata sejenis kimia memabukkan yang
diistilahkan sebagai candu.
Dalam syara pula,
setiap yang memabukkan apabila dimakan, diminum, dihisap atau disuntik pada
seseorang maka ia di kategorikan sebagai candu atau dadah kerana pengertian
atau istilah candu adalah suatu bahan yang telah dikenal pasti bisa memabukkan
atau mengandung elemen yang bisa memabukkan. Dalam mengklasifikasikan hukum
candu atau bahan yang memabukkan, jumhur ulama fikah yang berpegang kepada
syara (al-Quran dan al- Hadith) sepakat menghukumkan atau memfatwakannya
sebagai benda "Haram untuk dimakan atau diminum malah wajib dijauhi atau
ditinggalkan". Pengharaman ini adalah jelas dengan berpandukan kepada hujah-hujah
atau nas-nas dari syara sebagaimana yang berikut ini: "Setiap yang memabukkan itu adalah
haram" H/R Muslim.
Hadith ini dengan jelas
menegaskan bahawa setiap apa sahaja yang memabukkan adalah dihukum haram.
Kalimah kullu (ßõáøõ)di dalam hadith ini bererti "setiap" yang
memberi maksud pada umumnya, semua jenis benda atau apa saja benda yang
memabukkan adalah haram hukumnya. Hadith ini dikuatkan lagi dengan hadith di
bawah ini: "Setiap sesuatu
yang memabukkan maka bahan tersebut itu adalah haram". H/R al-Bukhari,
Muslim dan Abu Daud.
Hadith di atas ini pula
telah menyatakan dengan cukup terang dan jelas bahwa setiap apa saja yang bisa
memabukkan adalah dihukum haram. Pada hadith ini juga Nabi Muhammad s.a.w
menggunakan kalimah kullu (ßõáøõ) iaitu "Setiap apa saja", sama ada
berbentuk cair, padat, debu (serbuk) atau gas.
Mungkin ada yang menolak kenyataan atau nas
di atas ini kerana beralasan atau menyangka bahwa rokok itu hukumnya hanya
makruh, bukan haram sebab rokok tidak memabukkan. Mungkin juga mereka menyangka
rokok tidak mengandung candu dan kalau adapun kandungan candu dalam rokok hanya
sedikit. Begitu juga dengan alasan yang lain, "menghisap sebatang rokok
tidak terasa memabukkan langsung". Andaikan, alasan atau sangkaan seperti
ini boleh diselesaikan dengan berpandukan kepada hadith di bawah ini: "Apa saja yang pada banyaknya
memabukkan, maka pada sedikitnya juga adalah haram". H/R Ahmad, Abu Daud
dan Ibn Majah.
Kalaulah meneguk
segelas arak hukumnya haram kerana ia benda yang memabukkan, maka walaupun
setetes arak juga hukum pengharamannya tetap sama dengan segelas arak. Begitu
juga dengan seketul candu atau sebungkus serbuk dadah yang dihukum haram.
Secebis candu atau secubit serbuk dadah yang sedikit juga telah disepakati oleh
sekalian ulama Islam dengan memutuskan hukumnya sebagai benda yang dihukumkan
haram untuk dimakan, diminum, dihisap (disedut) atau disuntik pada tubuh
seseorang jika tanpa ada sebab tertentu yang memaksakan atau keperluan yang
terdesak seperti darurat kerana rawatan dalam kecemasan. Begitulah hukum candu
yang terdapat di dalam sebatang rokok, walaupun sedikit ia tetap haram kerana
dihisap tanpa adanya sebab-sebab yang memaksa dan terpaksa.
Di dalam sepotong
hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi Muhammad s.a.w telah
mengkategorikan setiap yang memabukkan itu sebagai sama hukumnya dengan hukum
arak. Seorang yang benar-benar beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w
tentulah meyakini bahawa tidak seorangpun yang layak untuk menentukan hukum
halal atau haramnya sesuatu perkara dan benda kecuali Allah dan RasulNya. Tidak
seorangpun berhak atau telah diberi kuasa untuk merubah hukum yang telah
ditetapkan oleh Allah melalui Nabi dan RasulNya kerana perbuatan ini ditakuti
boleh membawa kepada berlakunya syirik tahrif, syirik ta'til atau syirik
tabdil. Hadith yang mengkategorikan setiap yang memabukkan sebagai arak
sebagaimana yang di dimaksudkan ialah: "Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan
setiap (yang dikategorikan) arak itu adalah haram". H/R Muslim.
Dalam perkara ini ada
yang berkata bahawa rokok itu tidak sama dengan arak. Mereka beralasan bahawa
rokok atau tembakau itu adalah dari jenis lain dan arak itu pula dari jenis
lain yang tidak sama atau serupa dengan rokok. Memanglah rokok dan arak tidak
sama pada ejaan dan rupanya, tetapi hukum dari kesan bahan yang memabukkan yang
terkandung di dalam kedua-dua benda ini (rokok dan arak) tidak berbeza di segi
syara kerana kedua benda ini tetap mengandungi bahan yang memabukkan dan
memberi kesan yang memabukkan kepada pengguna atau penagihnya. Tidak kira
sedikit atau banyaknya kandungan yang terdapat atau yang digunakan, yang
menjadi perbincangan hukum ialah bendanya yang boleh memabukkan, sama ada dari
jenis cecair, pepejal, serbuk atau gas apabila nyata memabukkan sama ada
kuantitinya banyak atau sedikit maka hukumnya tetap sama, iaitu haram
sebagaimana keterangan dari hadith sahih di atas.
Di hadith yang lain,
Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan bahawa ada di kalangan umatnya yang akan
menyalahgunakan benda-benda yang memabukkan dengan menukar nama dan istilahnya
untuk menghalalkan penggunaan benda-benda tersebut: "Pasti akan berlaku di kalangan manusia-manusia
dari umatku, meneguk (minum/hisap/sedut/suntik) arak kemudian mereka
menamakannya dengan nama yang lain". H/R Ahmad dan Abu Daud.
Seseorang yang
benar-benar beriman dan ikhlas dalam beragama, tentunya tanpa banyak persoalan
atau alasan akan mentaati semua nas-nas al-Quran dan al-hadith yang nyata dan
jelas di atas. Orang-orang yang beriman akan berkata dengan suara hati yang
ikhlas, melafazkan ikrar dengan perkataan serta akan sentiasa melaksanakan
firman Allah yang terkandung di dalam al-Quran : "Kami akan sentiasa
dengar dan akan sentiasa taat". Tidaklah mereka mahu mencontohi sikap dan
perbuatan Yahudi yang dilaknat dari dahulu sehinggalah sekarang kerana
orang-orang Yahudi itu apabila diajukan ayat-ayat Allah kepada mereka maka
mereka akan menentang dan berkata : "Kami sentiasa dengar tetapi kami
membantah".
Sebagai contoh iman
seorang Muslim yang sejati ialah suatu peristiwa yang mengisahkan seorang
sahabat yang terus menuangkan gelas sisa-sisa arak yang ada padanya ke tanah
tanpa soal dan bicara sebaik sahaja turunnya perintah pengharaman arak. Hanya
iman yang mantap dapat mendorong seseorang mukmin sejati dalam mentaati segala
perintah dan larangan Allah yang menjanjikan keselamatannya di dunia dan di
akhirat.
Kalaulah Nabi Muhammad
s.a.w telah menjelaskan melalui hadith-hadith baginda di atas bahawa setiap
yang boleh memabukkan apabila dimakan, diminum atau digunakan (tanpa ada
sebab-sebab keperluan atau terpaksa), maka ia dihukum sebagai benda haram dan
ia dianggap sejenis dengan arak. Penghisapan dadah nikotin yang terdapat di
dalam rokok bukanlah sesuatu yang wajib atau terpaksa dilakukan seumpama desakan
dalam penggunaan dadah kerana adanya sebab-sebab tertentu seperti desakan
semasa menjalani rawatan atau sebagainya. Sebaliknya, penghisapan rokok
dimulakan hanya kerana tabiat ingin suka-suka yang akibatnya menjadi suatu
ketagihan yang memaksa si penagih melayani kehendak nafsunya. Dalam pada itu,
tanpa kesedaran, ia telah membeli penyakit dan menambah masalah, mengundang
kematian dan tidak secara langsung ia telah melakukan kezaliman terhadap diri
sendiri di samping mengamalkan pembaziran yang amat ditegah oleh syara (haram).
Dadah (bahan yang
memabukkan) telah disamakan hukumnya dengan arak oleh Nabi Muhammad s.a.w
disebabkan kedua-dua benda ini boleh memberi kesan mabuk dan ketagihan yang
serupa kepada penggunanya (penagih arak dan dadah). Melalui kaedah (cara
pengharaman) yang diambil dari hadith Nabi di atas, dapatlah kita kategorikan
jenis dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok sama hukumnya dengan arak dan
semua jenis dadah yang lain.
Kesimpulannya, rokok
atau tembakau yang sudah terbukti mengandungi dadah nikotin adalah haram
pengambilannya kerana nikotin sudah ternyata adalah sejenis dadah yang boleh
membawa kesan mabuk atau memabukkan apabila digunakan oleh manusia. Malah dadah
ini akan menjadi lebih buruk lagi setelah mengganggu kesihatan seseorang
penggunanya sehingga penderitaan akibat penyakit yang berpunca dari rokok
tersebut mengakibatkan kematian. Rokok pastinya menambahkan racun (toksin) yang
terkumpul di dalam tubuh badan sehingga menyebabkan sel-sel dalam tubuh
seseorang itu mengalami kerosakan, mengganggunya daripada berfungsi dengan baik
dan membuka kepada serangan kuman dan barah.
Apabila pengambilan
rokok yang mengandungi bahan yang memabukkan dianggap haram kerana nyata ia
digolongkan sejenis dengan arak (ÎÜóãúÑñ) oleh Nabi Muhammad s.a.w maka di
dalam hadith dan al-Quran pula terdapat amaran keras dari Allah dan RasulNya:
"Dari Abu Musa
berkata : Bersabda Rasulullah saw : Tiga orang tidak masuk syurga. Penagih arak, orang
yang membenarkan sihir dan pemutus silaturrahmi". H/R Ahmad dan ibn
Hibban.
"Mereka
bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada
keduanya itu dosa yang besar". Al Baqarah:219.
"Hai
orang-orang yang beriman, bahawasanya arak , judi, (berkorban untuk) berhala
dan bertenung itu adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, sebab itu
hendaklah kamu meninggalkannya semuga kamu beroleh kejayaan". Al
Maidah:90.
Hadith di atas Nabi
Muhammad s.a.w telah mengkhabarkan bahawa penagih arak tidak masuk dan dalam
ayat di atas pula, Allah mengkategorikan arak (khamar) sejajar dengan berhala
dan bertenung sebagai perbuatan keji (kotor) yang wajib dijauhi oleh akal yang
sihat. Perkataan "rijs" ini tidak digunakan dalam al-Quran kecuali
terhadap perkara-perkara yang sememangnya kotor dan jelek. Perbuatan yang
buruk, kotor, buruk dan jelek ini tidak lain mesti berasal daripada perbuatan
syaitan yang sangat gemar membuat kemungkaran sebagaimana amaran Allah
selanjutnya yang menekankan bahwa: "Sesungguhnya syaitan termasuk hendak menimbulkan permusuhan dan
kebencian di antara kamu lantaran khamar dan judi itu dan menghalangi kamu dari
mengingati Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mahu berhenti?". Al
Maidah:91.
Justeru itu Allah
menyeru supaya berhenti daripada perbuatan ini dengan ungkapan yang tajam :
"Apakah kamu tidak mahu berhenti?"
Seseorang mukmin yang
ikhlas tentunya menyahut seruan ini sebagaimana Umar r.a ketika mendengar ayat
tersebut telah berkata: "Kami berhenti, wahai Tuhan kami, Kami berhenti,
wahai Tuhan kami".
Utsman bin 'Affan r.a
juga telah berwasiat tentang benda-benda yang memabukkan yang telah
diistilahkan sebagai khamar (닄) "arak". Sebagaimana wasiat beliau:
"Jauhkanlah diri kamu dari khamar (benda yang memabukkan), sesungguhnya
khamar itu ibu segala kerosakan (kekejian/kejahatan)". Lihat : Tafsir Ibn
Kathir Jld.2, M/S. 97.
"Telah berkata
Waail bin Hujr : Bahawa Tareq bin Suwid pernah bertanya kepada Nabi s.a.w
tenang pembuatan arak, maka Nabi menegahnya. Maka baginda bersabda : Penulis
membuatnya untuk (tujuan) perubatan. Maka Nabi bersabda : Sesungguhnya arak itu bukan ubat tetapi
penyakit". H/R Muslim dan Turmizi. Allohu a’lam.